Let's Follow

TENTANG NUR


CIKGU NUR

~Coretan hati seorang hamba yang merindui syahid dijalanMu~


Assalamualaikum sahabat, adapun hamba hina ini adalah pemilik Yang Maha Esa yang mana kehadirannya hanya Dia yang menyedari. Hamba lahir di bumi Malaysia di salah sebuah daerah negeri di Johor Darul Takzim. Umur hamba 22 tahun. Tatkala ini, hamba masih menuntut di salah sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia dan insya-Allah jika hayat ini dilangsungkan hamba akan bergelar guru Bahasa Melayu, walau di manapun hamba ditempatkan nanti, insya-Allah hamba akan beri yang terbaik demi anak bangsa. Soal jodoh, biarlah Dia yang tentukan, hamba hanya mampu berdoa semoga jodoh hamba berada dalam keadaan sejahtera selalu, hamba menantimu ^_^

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepadanya (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan). 
(Al-Baqarah : 219)

YA ALLAH...diri ini belum diberi cubaan..diri ini belum merasai bagaimana derita yang benar-benar derita yang dihadapi kekasihMu, para syuhada yang syahid di jalanMu..merasai peritnya peperangan yang meragut nyawa mereka yang dicinta...masyaAllah..diri ini belum diuji...masih belum..ya Allah...namun mampukah diri ini ya Rabbi...

Sedarlah duhai diri penderitaan ini hanyalah sebahagian daripada duri-duri kecil yang tidak ada ertinya.


Hasbunallah wa ni'mal wakil 
(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah 
adalah sebaik-baik Pelindung.) 

P/S : E-mel hamba andai ada sesuatu yang ingin dikongsi
cikgunur011@gmail.com

^_^ segalanya kerana Allah

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer