Let's Follow

14 December 2013

Sabah berjaya kutawan!

Assalamualaikum, hai semua, wish u all hepy always...
Empunya belog kini kembali menulis setelah sekian lama menyepikan diri hingga belog pun da bersawang sana sini.

Okeh, hari ni saya mahu berkongsi pengalaman bercuti ke Sabah, saya pergi ke sana pada 25-28 November lepas, dengan keluarga hi hi. Sebenarnya plan ke Sabah ni tak dijangka pun terutama saya (ade cite tersembunyi senanye ha ha + taknak beritahu hu hu).

Bila dapat tahu akan ke Sabah tahun ni, wah! perasaannya sangat teruja kot, memang tak boleh tidur bila ingat nak pergi Sabah ni. Al-maklumla tak pernah ke Borneo dan tak pernah naik aeroplane ni...

Sini saya cerita hari-hari kami di sana

Hari pertama 25/11/13
Pagi-pagi lagi dalam pukul 5 lebih kami dah berkumpul di Senai Airport, Johor Bahru, tunggu punya tunggu, pergi cari makan jap dekat McD yelah nak isi perut yang dah berkeroncong ni. Sampailah masa nak naik pesawat, dalam pukul 7 pagi macam tu la... ready to fly


ha ha muka excited nak naik kapal terbang
Penerbangan dalam 2 jam lebih, dalam kapal terbang nampaklah keindahan alam, semua nampak cantik dan indah Subhanallah kuasa Allah... selepas sampai di KK Airport kami terus ke destinasi pertama  iaitu ke Kundasang.

Tempat pertama yang kami pergi adalah di Kundasang Dairy Farm (Desa Cattle) dekat sini ada pusat memproses susu lembu dan ternakan lembu tenusu, perjalanannya nak pergi sini agak mencabar ye, jadi bagi yang mudah mabuk tu, baik bersedia dengan plastik hi hi...

beri minum susu pada kambing, alolo...

foto yuk

hepy family kan

lembu di belakang tuh

Selepas berjalan di sana, kami pulang ke homestay di D'Izz Homestay Kundasang, di sini penginapannya memuaskan, kelengkapan cukup dan selesalah, yang paling best bila waktu pagi kan akan nampak Gunung Kinabalu dengan jelas, serius rugi kalau tak dapat tengok Kinabalu Mountain kalau dah pergi Sabah ni..


zoom sikit
Says Subhanallah...pemandangan dari homestay kami
Hari kedua 26/11/13
Bangun pagi hari kedua, bersiap, bersarapan sambil menikmati keindahan Gunung Kinabalu, Allahuakbar, syukur sangat dapat tengok yelah sebab dengar cerita jiran rumah kami dah empat kali ke sana, baru hari tu dapat tengok Gunung Kinabalu dengan jelas bila kami datang he he…

Hari kedua, lokasi pertama, kami ke Poring Canopy Walk, dekat sini ada kolam air panas, ada kebun kupu-kupu dan paling best canopy walk poring, sekali lagi teruja sangat sebab dapat naik canopy walk tu, first time kot.

Peringatan : Bagi yang gayat tu, saya nasihatkan berhati-hati lebih sikit sebab titinya memang tinggi tapi serius best, rugi kalau tak naik tu…


here i am
sebelum ke titian kanopi poring, foto dulu
sini pun jadila
keyakinan itu penting, 
muka confident sangat!

Selepas berpenat canopy walk tu, kami meneruskan pengembaraan ke Tagal Sg. Moroli, alah yang ada ikan-ikan yang meraba-raba tu hi hi kadang-kadang ikan tu gigit juga kaki, dekat sini juga boleh beri makan ikan tu, tapi memang geli kaki dan tanganku..wa ha ha, tengok ni

nak datang sini lagi

dalam hati Dia je tahu
wah!
makk tolongg
uhuk2 batuk pulak
ni la dia
Sempat juga ke Kundasang War Memorial, setiap tahun dekat sini akan diadakan majlis memperingati pejuang-pejuang British yang terkorban di sini satu masa dulu, yelah setelah berborak dengan akan yang mengurus tempat ni, dapatlah info yang berguna tu…

inilah dia
tengah makan ice cream actually
Selepas itu, berjalan ke Kinabalu Park pula, waktu ni hujan, sejuknya sampai ke tulang-temulang, tak mampu nak berkata apa, lihat je la foto ni

this is Kinabalu Park

tahan je sejuk

tangan tak leh lepas dari sweater

wif frens
Dah puas berjalan, percutian diteruskan ke Kota Kinabalu sebab malam ni ada majlis pertunangan, siapa yang tunang?? Adalah hi hi 

Dan seterusnya makan malam, perut pun dah lapar
waiting 4 food
Selepas makan, balik ke tempat penginapan dan rehat. zzz

Hari ketiga 27/11/13
Esoknya, kami ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan Sabah, dari pagi sampai petang, ramai woo pelancong, yelah musim cuti-cuti ni kan, pengalaman berharga kot…dapat snorkeling tengok ikan (ha ha ha) + belajar berenang sikit hi hi
sebelum gerak
bertolak dari sini
bot tu la
percikan ombak
semakin mengganas
Sapi Island
wajibun bergambo

cikgu2

with Fakhri...


ready to terjah Manukan!

model of Manukan

tengok je


ni dah nak balik

Malam pula jalan-jalan cari barang-barang di Pasar Malam KK nak beri family, cari baju la, gelang la, brooch la, kan banyak mutiara dan kristal di sini, rambang mata jugaklah nak pilih ni…dan balik rehat setelah seharian kepenatan…

Hari keempat hari terakhir 28/11/13
Hari ni bersedia nak pulang dah, kami jalan-jalan di Pasar Philipine, cari ikan masin dan sebagainya, lepas tu, dah nak balik Johor, aduh kejapnya rasa…

Harapan :

Semoga dapat pergi ke sana lagi
Dapat pergi ke sana lagi
Pergi ke sana lagi
Ke sana lagi
Sana lagi
Lagi.

Aamiin…aamiin…aamiin

Setiap pengalaman ni amat bermakna bersama-samanya, terima kasih, dalam hati, saya sayang semua.
Wasalam…

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer