Let's Follow

16 December 2013

Seribu Kali Sayang

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi, semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dari Al - Khaliq, berbahagia dan sejahtera hendaknya.

Saya yang sedang bercuti semester berbaki seminggu lebih ini ingin berkongsi sebanyak-banyaknya pengalaman saya di sini sebelum saya menjalani pengajian di tahun akhir iaitu tahun 2014.
Berbaki setahun untuk menimba ilmu dan pengalaman di IPG dan sekolah sebelum meneroka realiti sebenar alam perguruan dan pendidikan, terlalu banyak perkara yang perlu ditambah baik dan masih perlu belajar untuk menjadi guru yang harmonis.

Berdasarkan pengalaman berpraktikum bagi fasa dua di Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka iaitu selama dua bulan masih tidak cukup untuk saya mendalami erti sebenar ‘pendidik’ itu. Sungguh dua bulan itu mengajar saya untuk bersedia dan kuat dari segi mental, fizikal, rohani dan paling penting emosi.

Tekanan yang dialami hasil ‘didikan’ para pentadbir dan para guru amatlah berguna untuk membimbing diri menjadi guru yang sebenar. Ditambah dengan suka dan duka, tangis dan tawa, kecewa dan gembira, masalah dan tekanan, emosi tika itu menjadi amatlah memuncak.

Ya, dugaan itu mematangkan diri ini, segala masalah, dugaan dan cabaran diatasi dengan langkah sebaiknya dan paling penting adalah untuk mendidik hati ini menjadi sabar dan tenang dengan segalanya. Hanya Dia tempat untuk mengadu, walau sakit dan sedih bagaimana sekalipun, hanya Dia yang kuperlu tika itu.

Tidak perlu dihurai panjang lebar setiap permasalahan dan cabaran yang dihadapi, cukuplah hati ini yang menanggung dan perlu lebih belajar lagi dengan bersedia untuk sesi praktikum akan datang. Terkadang teringat peristiwa yang membuat hati kecewa, namun, hati menasihati untuk redha dengan segalanya.

Perkara yang sudah berlalu biarlah berlalu seiring dengan mengalirnya masa, segala kenangan manis sentiasa disimpan dalam lipatan sanubari, merindukan murid-murid. Ya, aku rindu mereka anak muridku yang bijak dan bersedia dengan segala situasi.

dan kenangan pahit itu akan sentiasa diingat sebagai peringatan pada diri ini. Ya, insan itu sifatnya tidak sempurna, terkadang mereka tidak sedar akan tutur kata, perilaku begitu juga aku. Namun, ingatlah duhai diri, akan datang, cuba lagi menjadi lebih baik dan insya-Allah yang terbaik.

SK Jasin (2013) dalam kenangan
Cikgu sayang semua.

Hari-hari pertama di sekolah










Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013




















Memori paling bermakna, kejutan oleh murid-muridku 5 Arif bersama cikgu yang kusayang Cikgu Maznah pada hari terakhir di sekolah 20.9.13. Sungguh terkelu, dan bahagia tika itu. Sayangnya, perpisahan itu perlu berlaku, air mata juga menitis mengenangkan perpisahan dengan mereka. Jangan bersediah ya, nanti ada masa cikgu akan ke sekolah kamu.











































Semoga perkongsian ini akan menjadi memori bagi diriku selamanya.

Sekian. Assalamualaikum.



0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer