Let's Follow

13 October 2012

Kepenatan melanda.

Lafaz bismillah pembuka bicara.

Oh malam sabtu yang indah !

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas limpah kurnia pada hamba-Mu ini. Sudah sekian lama blog ini tidak dikunjungi, ternyata sudah berhabuk tampaknya..hi hi...

Sejak dua menjak ni sibuk memanjang, yelah, sebagai pelajar merangkap bakal guru belajar di IPG ni amat memerlukan komitmen yang tinggi untuk semua guru pelatih. 

Baiklah, saya akan coretkan serba sedikit aktiviti atau program yang saya terlibat...memang memenatkan tetapi sangat seronok bila dapat hasilnya, di tambah pula bersama kawan-kawan yang saling membantu sudah dan senang..i love u all sahabat...

Pertandingan sajak RTM Melaka
Macam mana ya..ermm..saya ni kan unit bahasa Melayu, jadi kami satu kelas digalakkan untuk menyertai program-program macam ni. Sebelum ni pun saya pernah juga masuk pertandingan sajak DBP dapatlah saguhati. Baik, kali ini saya masuk pertandingan saringan Puisi Kemerdekaan..tidak dapat ke pertandingan akhir..alhamdulillah, saya dapat pengalaman berharga sudah cukup baik bagi saya. Ditambah, saya berlatih pun cuma 2 hari..macam xcukup eh memang xcukup...ye la berlatih sajak disamping berlatih kawad kaki lagi..huh penat sangat...baik..ni ada sikit gambar untuk dikongsi..hu hu






Kawad formasi Kadet Remaja Sekolah
Baik, yang ni tak tahu nak kata apa..Allah je yang tahu kepenatan yang amat dan meletihkan bila terpaksa berlatih hari-hari kawad kaki siang dan malam. Bayangkan, pagi bangun pukul 6 pagi bersiap semua pergi kelas..balik pukul 1 petang la..atau pun awal sikit..lepas tu rehat kejap pukul 4 petang ada lagi latihan kawad sampai pukul 7 petang atau 6 lebih..rehat sampai pukul 9 malam..9 malam sampai 11 malam latihan..balik balik bilik dah penat..mandi terus tidur..adoi memang tak teratur hendaknya hidup ni sepanjang minggu koku tu...



riang gembira kami bersama
pasukan KRS penuh semangat
yang berkata mata tu Tn. Zul yang jadi jurulatih kami berkawad (Terima kasih cikgu Zul)


tabik hormat untuk semua



Ni ada video kawad kaki KRS kami..silalah tonton..hu hu

Sekarang alhamdulillah, semua program sudah habis...maka saya pun punyai masa semula untuk diri sendiri..lepas ni ada masa la belajar pula untuk exam...semoga ceria semua ^_^

salam sayang, wassalam.

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer