Let's Follow

11 December 2011

Pemilik hati yang patah.


Ku cari cinta yang tak pernah melukai yang tak pernah memungkiri kata hati. Itu kata-kata suatu masa dulu, tatkala diri masih belum menyedari akan hakikat cinta yang sebenar. Kata-kata sebelum hadir seseorang yang mengubah hidup ini. Kata-kata yang sentiasa disebut-sebut dan diingati. Bahagia itu yang dirasakan, hati ini tenang dan gembira bila hadirnya memberi semangat baru pada jiwa, menjaga diri dan sentiasa disayangi olehnya. Tidak pernah aku merasa bahagia sebegitu, dihargai kehadiran ini, dirindui bila berjauhan.




Sesuatu yang tidak ku sedar, aku alpa, leka dan lalai bahawa cinta insani itu hanya dusta. Lafaz kata yang terzahir hanya pura-pura hingga aku percaya yang akulah satu-satunya, janji-janji semuanya palsu, tidak benar hingga aku tidak menyangka aku diluka akhirnya. Setiap kata darinya bercanggah dengan isi hatinya, membenarkan apa yang salah dan aku masih buta dalam menilai cinta palsu itu. Hakikatnya hati ini merasa kecewa yang teramat hingga tidak mampu untuk berkata walau sepatah dengannya. Biar semua yang dipendam terus disimpan dan hanya di sini akan ku zahirkan.

Aku hanya insan biasa, lemah dalam kuat, bengkok dalam lurus, sedih dalam bahagia, tiada lagi indah, tiada lagi madah kata yang sering terungkap, kata ajaib sudah tidak didengar atau sudah hilang tidak dijumpa, sesat di dalam celahan sudut hati. Aku tidak mampu melupakan bahkan mengingatinya membuat jiwa ini seakan sukar terlalu sulit dan amat sakit di dada. Suara yang pernah memberi ucap semangat dan kata penguat untuk hatiku bangkit dari kekalahan sudah tidak ku dengar lagi.

Lama ku nantikan kehadiran teman yang seumpamanya, membantu tanpa jemu dan tanpa lelah, tidak kenal masa dan wang ringgit, itu semua dahulu bukan kini bukan sekarang. Sekarang dia telah bahagia, ya itu juga yang aku harapkan, melupakanku dan berbahagia dengan kehidupannya. Pasrah dalam redha, semua kebahagiaan adalah untuknya, kejayaan miliknya.

Usah runsing soal coretan ini kerana coretan ini hanyalah sedikit isi dan luahan dari jiwa seorang pemilik hati yang patah.
"...yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu...' Percayalah bahawa cinta ditumbuhkan di mana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya-Allah, kau akan menemukan pintumu. Mintalah pada Dia yang menebar cinta."

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer