Let's Follow

25 December 2011

Jangan Berputus Asa Memohon Ampun Pada Allah.


Artikel ini adalah sebuah monolog. cuba letakkan anda di dalam watak "aku" tersebut...

Saat manusia memandang dia seorang yang mulia, saat semua manusia memandang dia seorang yang indah pekertinya, hanya dirinya tahu siapa dia di mata Tuhannya. Airmatanya menitis satu persatu mengenangkan dosa dosa yang menghantui perjalanan hidupnya. airmata hangat terus menerus membasahi pipi tika bersimpuhnya seorang hamba menghadap Allah.

Dia adalah aku. seorang hamba Allah yang tidak terhitung dosanya, yang tidak pernah sesal melakukan dosa. Hari – hari aku melakukan dosa, hari – hari aku selalu melupakannya, hari – hari aku sibuk dengan dunia. Allahurabbi, Hamba jenis apakah aku ini, aku berulang kali berkata mahu syurga namun tetap juga aku melakukan dosa. Hinanya aku ya Allah..

Terbuai.. aku hilang.. hilang dalam kegelapan dunia yang begitu mengasyikkan. Aku cuba mencari diri kembali. Diri yang entah kemana aku campaki. Adapun diri hanya ada diri sahaja tanpa roh yang penuh dengan nilai islami. Solat hanya menjadi rutin, jemaah ke mana, semua dirasakan berat sahaja, yang peliknya aku berjemaah di facebook kerap pula..Allah.. Aku katakan aku mencintaimu namun, itu hanya kata – kata yang manis menghiasi bibir. Dari segi amalan, tidak pula menggambarkan kecintaanku kepadaMu.
Aku ingin bertaubat. Aku ingin bertaubat. Dosaku menggunung tinggi. Tinggi terlalu tinggi. Ingin ku jejaki syurga yang diidami.. tapi adakah Allah mahu mengampuni dosa – dosaku ini? Sekali lagi hati ku teriak, meraung selantang – lantangnya..Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. kepala ku di hentak ke dinding. Sakit. Itu yang ku rasakan.. tapi aku sedar. Azab neraka itu lagi sakit.. sekali lagi hati ku berteriak. Allah.. Ampuni aku..

aku kaku.. lalu ku buka lembaran yang penuh dengan ayat – ayat cinta Allah yakni al – Quran.. aku terlihat pada sepotong ayat yang bermaksud.. “wahai hamba – hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni dosa – dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Az – Zumar : 53)

hatiku seolah berbisik , “wahai diri, tidakkah cukup melegakanmu mendengarkan firmannya ini? Lihatlah Allah menyapamu dengan memanggil “wahai hamba – hambaKu”.. tidakkah ini cukup menyentuh hatimu?.. Allah juga melarang kamu berputus asa dalam memohon ampunan Allah dan Allah juga mengkhabarkan pula Dia akan mengampuni dosa siapa saja yang bertaubat kepadaNya. Allahuakbar. Dia Maha Pengampun wahai diri. Lihatlah betapa besarnya CintaNya kepada kita. sedarlah diri. Jangan berputus asa dalam mencari keredhaan ilahi. Teruskan taubatmu diri. Jangan putus asa lagi !”

aku tekad tak kan berputus asa lagi !

mari memburu keampunan ilahi demi keredhaan Allah yang hakiki !



Wahai anak Adam,

Sekalipun dosamu tertumpuk setinggi langit,

Mohonlah ampunan Allah, nescaya Dia akan mengampuninya..

Wahai anak Adam,

Sekiranya dosamu sepenuh isi bumi dan seluruh cakerawala ini,

Mohonlah ampunan Allah, nescaya Dia akan mengampuninya

Hayati lah firman – Nya yang bermaksud..

“Dan, orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah?..”(Ali –Imran : 135)

“dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang (An – Nisa’ : 110)

(Syukran : MERPATIPUTIH)

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer