Let's Follow

03 October 2011

Tika Teruji

Assalamualaikum, lafaz suci pembuka tinta....
Dialah penolong saat diri teruji
Dialah penenang walau hati sudah tidak mampu untuk memahami..
pada-Mu aku menzahirkan  keluhan
di sini tempatku meluah rasa
tanpa sesiapa
sendiri
sudah puas aku memahami
sudah puas aku mengalah
berlembut hati
bersabar dengan sesabar-sabarnya
sifatku...yang paling aku kenali adalah 
memahami
faham
empati
itu yang aku kenali diri aku...
aku sudah banyak memahami
sehingga kefahaman diri sendiri
aku sudah tidak mengenali diri
kesabaran amat teruji
namun aku terus bersabar
terus bersabar
Soal hati aku lagi tidak selesai
ini lagi
ye aku harus sabar
maafkan diri ini andai mengguris hati
ye aku tetap terasa
kerana hati aku sudah terlalu luka dengan semuanya...
doaku aku akan lebih bersabar 
kuatkan hati dan semangat
harungi semuanya.
faham
fahami
aku yakin aku sudah fahami semua
hakikatnya
aku sudah berkorban banyak untuk semua
walau mereka tidak sedari
hati aku terluka
berduka dengan mereka
Ya aku tahu
ini ujian untukku
dugaan tatkala masalah lain tidak mampu ditangani
masalah hati dan perasaan 
luka dan duka
kenangan dan realiti
bahagia dan berjaya
sejahtera...
aku yakin 
mampu jalani mampu hadapi mampu tangani
semua ini
luka ini akan berganti dengan bahagia untukku
bahagia bersama-sama...
bersama-sama siapa?
bersama-sama semua...
semua yang aku sayang
dan menyayangi aku
bahagia akan tetap hadir
insya-Allah
hanya pada-Nya aku mengharap segalanya...

:)

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer