Let's Follow

05 October 2011

Rasa Ini Menerjah kembali.

Assalamualaikum..
tinta dimulai dengan kalam suci 

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur hingga hari ini masih dikurnia detik untuk menghirup udara-Mu.
Mampu meneruskan perjuangan hidup yang entah bila akan berkhirnya. 
Hanya Engkau yang Maha mengetahui..
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Latif
Ya Allah


Dengarlah doa hamba-Mu ini...


"Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, 
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabukan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelosok mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku.

Gantilah derita kerinduan dan cinta yang bersemanyam ini dengan kasih dari-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihaninya hanya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku Ya Allah satukan hati kami.

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya.
berikan aku kesabaran dan ketekunan untuk membahagiakan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana yang telah Engkau ciptakan.

Yakinlah dia bahawa aku rela berkongsi suka dan dukaku bersamanya.
Ya Allah yang Maha Pengasih dengarkanlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Ya Allah yang Maha Kekal aku tahu bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untukku. 
Aku memerlukan-Mu Ya Allah.


Pinta hatiku, Kau gantikan luka ini dengan bahagia bersamanya.
Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat ku mengadu."

Amin Rabbala'lamin...

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer