Let's Follow

27 September 2011

Mari Memuji.



Assalamualaikum salam ukhwah penuh kasih sayang.


Tangan menadah mendoakan sahabat semua sihat sejahtera. Zikir-zikir merdu buat pencipta seisi alam. Selawat yang indah buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W pemimpin agung sedunia.


Sesungguhnya, pujian itu adalah nyawa kedua, anak yang abadi, warisan yang awet serta peninggalan yang diberkati.


Pujian,
Sentiasa mendatangkan kegembiraan,
Tanpa menyedari datangnya kekecewaan,
Inilah antara penyakit al-insan.......

Pujian,

Jika puji menjadi benci,
Jika puji menjadi maki,
Jika itu yang terjadi,
Benarkan pujian itu ikhlas dari hati???



Pujian,

Sentiasa dikejar menjadi rebutan,
Agar nama menjadi sanjungan,
Mencuri tumpuan,meraih perhatian,
Ternyata pujian itu sungguh kasihan.........



Seolah kau menemukan mutiara dalam buku
Kau menjadi tahu bahawa yang haram
tidaklah halal bagimu.
Bila musim dingin tiba, kaulah matahari
dan bila musim panas datang
kaulah tempat berteduh
Kau tidak pernah pernah mengetahui
harta yang kau infakkan
apakah banyak ataukah sedikit.
Kau menerima alasan dari orang sekitarmu
atas setiap kebaikan yang kau lakukan.
Kaulah sang pahlawan terhormat dan termulia.
Kami teringin melihat cahaya di wajahmu.
Mengingatimu di setiap waktu
memberikan kami petunjuk ke jalan baik
dan menyebut namamu berulang kali
tidak membosankan.
Kami rela mengorbankan jiwa kami
dengan segala derita
untuk sama-samamu menegakkan
agama syumul
hanya kerana-Nya.


Ya Allah segala pujian itu hanyalah untukmu...

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer