Let's Follow

09 September 2011

Hari Ini Tiba Jua

Assalamualaikum sahabat
Salam Jumaat  penuh barakah
Salam kesyukuran Syawal yang mulia
Salam kasih sayang daripada-Nya
Salam ukhwah setulus jiwa


Selawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W para sahabat dan keluarga baginda...


Apa khabar sahabat semua? Adakah anda sihat? Kalau tidak sihat silalah ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mendapat rawatan yang sepatutnya. he he


Hari ini saya nak jadi cikgu kejap


cikgu : hari ini hari apa murid-murid?
murid : hari ini hari jumaat cikgu
cikgu : siapa tahu tarikh hari ini berapa?
murid : hari ini 11 hari bulan Syawal cikgu
cikgu : bulan Syawal tu bulan apa ye?
murid : bulan Syawal tu kan bulan raya
cikgu : ha...apa yang kamu semua buat masa bulan raya ni?
murid : bila raya, kami pergi beraya, makan kuih raya, makan makanan sedap2...siap dapat duit raya lagi


ok sudah cukup..hu hu saja2 tu set induksi pagi tadi...


Setelah seminggu saya berPBS di Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, jujur dari sudut hati yang paling dalam, rasa sedih bila kaki mula melangkah pergi dari sekolah.


Sungguh saya rasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada warga sekolah ini walaupun hanya seminggu. Dalam seminggu bermula hari isnin hingga jumaat saya mendapat banyak ilmu baru yang tidak akan saya peroleh di mana-mana.


Isnin - menghadiri perhimpunan, berjumpa guru besar Yang Mulia Raja Mazlan bin raja Latif ditemuramah dan diperkenalkan kepada guru mentor Puan Khadijah yang sporting. Puan D nama pendeknya banyak memberi maklumat berkaitan tugasan saya Literasi BM, BMM 3103 dan BMM 3104. Selepas rehat saya melawat ke kelas pemulihan khas dan pusat LINUS. Banyak gambar diambil dan sempat berbual dengan Puan Fatimah guru pemulihan.


Selasa - Sepenuh hari saya berada di kelas Pendidikan Khas yang terbahagi kepada 2 iaitu bagi masalah pendengaran yang muridnya 3 orang. Kelas lain ialah kelas bagi masalah pembelajaran, masalah autisme dan hyperactive. Hari tersebut banyak yang saya pelajari tentang masalah kanak-kanak PK ini. Cabaran dan kesabaran amat diperlukan oleh guru-guru PK. Dalam hati, terbit rasa kagum tentang kesabaran guru-guru ini dalam mendidik kanak-kanak bermasalah. Apa yang menarik, mereka belajar tentang muzik, kemahiran hidup menjahit melukis dan belajar menggunakan bahan yang disediakan untuk mereka.


Rabu - Saya ke bilik guru baru di blok baru dibina. Duduk di meja guru menyiapkan tugasan-tugasan yang perlu dihantar sebaik sahaja balik ke maktab.


Khamis - Pengalaman berharga saya menjadi guru pengiring sekolah, seronok sangat dapat pengalaman baru menghantar pasukan sekolah ke Pertandingan Pertuturan Berirama Sekolah-sekolah Rendah Daerah Mersing Tahun 2011 di ILP, Mersing. Sekolah saya mendapat tempat keempat daripada 14 buah sekolah daerah Mersing. Seronok sangat ^_^


Jumaat - Saya menolong cikgu PK berkebun dengan anak murid. Menanam kangkung, kangkung kemudia dijual kepada guru-guru sekolah. Ini yang buat saya kagum, tidak pernah terfikir ada perkara sebegini, sungguh teruja dengan cikgu-cikgu sekolah ini yang mesra dan baik hati. Saya turut relief kelas 2 Karisma, murid-murid yang baik dan nakal. Saya suruh mereka siapkan kerja sekolah dan baca buku. Lepas itu aktiviti berkuiz, macam-macam karenah dan perangai anak-anak ini he he..sangat lucu


Inilah wajah-wajah ceria SKSM







































Kenangan indah berada di sekolah ini tidak sesekali akan dilupakan, walaupun hanya seminggu tetapi kesannya kekal di dalam hati. Selamat tinggal SK SRI MERSING. 


eleh, bajet je, padahal sek ni sebelah rumah je..he he..bila2 masa blh g..hu hu..ada masa ketemu lagi semua...


Assalamualaikum salam kasih sayang semua...

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer