Let's Follow

22 August 2011

Sahaja Aku Mencintai-Mu

Assalamualaikum, salam kasih sayang buat sesiapa yang sudi meluangkan masa untuk ziarah ke blog saya, terima kasih sahabat ^_^. 


Saya berharap sahabat semua sentiasa sihat untuk meneruskan rukun Islam yang ketiga ini sehingga ke hari yang terakhir. Insya-Allah.


Ermm, sudah lama blog ini dibiarkan tanpa maklumat baru yang saya masukkan. Buat pengetahuan semua, sekarang saya agak sibuk dengan tugasan dan segala macam kerja yang harus disiapkan dengan kadar yang segera.


Azam saya aalah untuk memasukkan nota-nota IPG di ruang yang telah saya sediakan, Insya-Allah pada masa senggang nanti.


Rasa rindu bila tidak update blog ini, rindu sangat.


Ermm, tahu tidak? dalam hati ini, saya berasa tidak sabar untuk pulang ke kampung. Ya Allah rindunya pada mak ayah, keluarga...
Insya-Allah 26 Ogos 2011 ini saya pulang ke rumah di Mersing, Johor.


Beraya di rumah, selepas beraya saya pula akan sambung untuk PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di Sek. Keb Sri Mersing. Jujur, untuk PBS ini, saya berasa amat takut dan gementar. Tahu tidak kenapa? Sebab saya buat PBS seorang di sekolah tersebut. 


Tetapi, saya yakin saya boleh hadapi situasi ini, saya boleh menjadi seorang guru yang baik.


Doakan saya sentiasa sihat dan bahagia ye sahabat...


Sekarang ini saya sedang buat tugasan BMM 3103, tentang Jadual Spesifikasi Ujian =)


Sebagai penutup, hayati lagu ini....salam sayang buat semua.


video




0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer