Let's Follow

24 June 2011

Ya Allah


Penulisan dimulai dengan kalam suci nan indah bismillah....selawat atas junjungan mulia, para aulia juga para sahabat. Apa khabar iman sahabat hari ini? moga-moga iman dan takwa kita sentiasa bertambah seiring dengan tumbuhnya pohon-pohon subur yang dulunya hanya sebiji benih yang disiram, dijaga dan dibelai dengan kasih...segalanya kerana Ya Rabb..Ya Khaliq...

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 29 :
"Semua yang ada dilangit dan dibumi selalu memohon kepadaNya. Setiap waktu dia berada dalam aktivitinya"

Sahabat, apabila laut bergelombang, ombak bergelora dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal akan berteriak : Ya Allah!

Apabila seseorang tersesat di padang pasir, kenderaan menyimpang kauh dari tujuannya dan para kafilah merasa kebingungan, meraka akan berseru : Ya Allah!

Apabila pintu tertutup di hadapan pencari kerja dan tirai ditutup di hadapan orang yang meminta, mereka akan berseru : Ya Allah!

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa dihimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru : Ya Allah!

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru : Ya Allah!

Telah kukhabarkan kepadaMu
segala perkara seperti cercaan.
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu kepanggil jelas namaMu
di waktu subuh menanti
dan setiap fajar menyinsing
selalu terdengar namaMu terucap.

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah indah, doa yang tulus, bisikan hati yang jujur dan air mata yang menitis syahdu dengan keinsafan dan keikhlasan juga ratapan derita para hamba.

Katika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mngharap, memanggil. Dengan menyebutnya, hati akan menjadi damai, jiwa akan berasa tenteram, perasaan menjadi sayu, persekitaran menjadi tenang, akal menjadi sejuk dan keyakinan bertambah mantap.

Allah : Sang Pemilik segala keagungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Sekalipun kulukiskan keagunganMu
dalam goresan
sebagai tanda kesucian dalam jiwa
Engkau tetap Yang Teragung
dan tempat segala yang bermakna.
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang

Ya Allah gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai perkara yang membahagiakan.
Ya Allah, sejukkanlah gelora hati ini dengan salju keyakinan dan padamkanlah gejolak api jiwa dengan keimanan.
Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat terpejam.
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini ke arah mencari NurMu, bimbinglah kesesatan ini ke jalan hakikiMu. 
Ya Allah, lenyapkanlah segala duka yang bersarang dalam diri ini, gantikanlah ia dengan kebahagiaan yang terpancar dalam sanubari ini.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu daripada kecemasan, kegundahan hati, kesedihan, kemalasan, hasutan nafsu dan tekanan orang jahat.

Cukuplah Allah bagi kita dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung...
(Ali-'Imran : 173)

wallahualam ^_^

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer