Let's Follow

13 June 2011

NOKTAH SYUKUR

Kelana sang pengembara
Kembaranya
Tiada sunyi dari onar
Tubuhnya
diulit ribuan calar
Kepalanya
Walau berpinar
Langkah tetap disasar
Kerana pengembara baginya
Medan juang sebenar


Tika dipersimpangan
Dilema pengembara
Hala tuju mana pilihannya
Denai pilihan banyak manusia?
Ditaburi bungaan aneka warna
Dihiasi nikmat indah tarikannya?
Ataukah lorong kelam
Dilitupi dedaun kering cuma?
Dihiasi kawat besi gerun kelihatannya?

Sang pengembara
Meluruskan hati
Kukuh pada illahi
Lorong sepi segera disusuri
Berbaik sangka pada illahi
Pasti janjinya tiada dimungkiri.

Langkah demi langkah
Cukuplah Allah segala-galanya
Mungkin jelek pada pandangan manusia
Mungkin dangkal di akal manusia
Biarlah
Asal bukan di sisi yang ESA.

Lantas
Hati membulat tekad
Nafsu ditepis berpencak silat
Redhanya semata
Sang pengembara memurnikan hajat

Sang pengembara akhirnya
Hampir lelah menahan kudrat
Namun
Kekal syukur menjadi AZIMAT
Kekal redha perawat erat
Lalu
Rasa kerdil diri makin menghambat
Hina diri pada illahi sembah merapat

Nah!
Rupanya sang pengembara diuji
Andai terburu2 tewaslah dirinya
Kejutan tidak mampu dijangka
Rencananya nyata bijaksana
Janjinya segera dilaksana!

Syukur sang pengembara
Mengalir deras tiada henti
Indah aturan Pencipta
Mempesona jiwa
Kerdil jiwa seorang hamba

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Segala puji hanya bagi Allah
Moga sang pengembara
Dikurnia kekuatan
Melaksanakan ketaatan
Meninggalkan kejahatan
Menyeru kebaikan
Mencegah kemungkaran

Anugerah yang sukar diungkap
Moga sang pengembara sentiasa BERSYUKUR!
Dipelihara dari FUJUR
Mahupun KUFUR
Menerus kembara ke ALAM KUBUR
Sungguh tiada NOKTAH bagi SYUKUR
Moga ISTIQAMAH sentiasa dilabur
Selamat diri daripada FUTUR!

0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer