Let's Follow

18 June 2011

Kalau Dan Kalau

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sahabat..



Sedikit perkongsian daripada Buletin Shoutul Iman.
Faham dan hayati dengan hati ^_^

Kalaulah ALLAH lihatkan amalan kita.
Berapa banyak dosa?
Berapa banyak pahala?
Kalaulah dosa itu macam batu.
Berapa berat perlu kita angkat?
Kalaulah pahala itu bagai duit.
Berapa banyak boleh simpan dalam akaun?


Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa.
Dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka?
Atau takut dan memusuhi mereka?
Atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan (tetap sama seperti biasa yang kita buat)

Kalaulah Nabi Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan Baginda selayaknya sebagai Nabi?
Malu berbuat dosa depan mata banyaknya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita adalah saudara seIslam.
Hanya sebab kuasa, ideologi dan harta.
Padahal dah tahu tak bawa ke mana pun harta berlambak sedunia!!!
Padahal dah tahu pegangan kita sama!!!
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupanya bagaimana?
Apa ada di dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap si fulan bin si fulan sudah di cop dia munafiq, kufur, Islam atau beriman.
Masihkah kita lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan???

Kalaulah ALLAH menampakkan wajahNya pada kita.
Masihkah kita sanggup syirikkan Dia?
Agungkan cinta manusia lagi tinggi daripada Cinta ALLAH !!!

FIKIR-FIKIRKANLAH SAHABAT...

Pesanan: Kalau-Kalau adalah amalan syaitan. Oleh itu, kita hendaklah menghindarinya.
Wallahualam...sekian


0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer