Let's Follow

16 June 2011

Gerhana bulan

Penulisanku dimulai dengan lafaz suci 
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
assalamualaikum para daie..


Tatkala ini saya sedang menatap gerhana bulan 
dengan mata kepala saya sendiri
kalimah  
SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH
terungkap di bibir
Ya Rabb hanya Engkau yang mengetahui 
segala sesuatu yang terjadi
Sungguh terasa diri ini begitu kerdil di hadapanMu
pabila melihat kekuasaanMu

Kaku dan bersyukur kerana diberi peluang untuk
melihat keindahan ciptaanMu


Sahabat jangan lengahkan masa
lekas tunaikan solat sunat gerhana bulan
bukan selalu kejadian sebegini belaku dalam hidup kita
bersyukurlah, alhamdulillah

Di sini saya kongsikan apa yang saya tahu mengenai gerhana bulan
hasil belajar subjek geografi masa sekolah dulu..
geographic is my favourite subject in school

Gerhana bulan ni berlaku apabila
 bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku semasa 
bulan penuh atau bulan purnama
dan apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan  
terjajar pada satu barisan yang sama, 
senang cakap dalam satu barisan lurus
Jenis dan panjang suatu gerhana bulan tu bergantung pada 
kedudukan bulan yang relatif pada nod orbitnya.

Gerhana bulan ni boleh berlaku 
dalam keadaan penuh atau separa
Macam mana nak tahu gerhana bulan penuh atau separa?
tengok sejauh mana bulan melalui bayang-bayang bumi
bulan akan melalui fasa-fasa tertentu
kawasan yang dilalui ialah kawasan penumbra 
dan kawasan umbra 
mahu lebih jelas tengok sini
kalau nak tahu maklumat lanjut 
boleh juga mencarinya di enjin carian google 

Sekarang ni tengah tengok gerhana bulan 'live' 
di sini
sambil menaip sambil berzikir
memuji keagunganNya
ha ini gambar gerhana bulan pada pukul 2.27 am



yang bawah ni pada jam 2.58 a.m


Itu gerhana bulan baru separuh,
 dijangka akan sepenuhnya pada jam 3.22 am ni
sekarang jam menunjukkan pukul 3.09 am
sabar menunggu untuk gerhana bulan sepenuhnya
ini pada jam 3.04 am


sahabat, sekarang gerhana bulan penuh berlaku jam 3.22 am
Subhanallah
Allahuakbar
gelap
bulan tidak kelihatan
kerana dilindungi oleh bayang-bayang bumi
sekarang bulan bertukar menjadi oren kemerahan
gelap balik
dijangka gerhana bulan akan berlaku sehingga
jam 6 am, sampai subuh

Baiklah sekian sahaja perkongsian 
mata saya sudah berair
selamat pagi para daie

assalamualaikum 

♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥♥♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫



1 Pandangan anda?:

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer