Let's Follow

06 June 2011

..::Doa hati buat dia::..

nukilan ini hanya buat dia


Segalanya dimulakan dengan memuji-muji namaNya.

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah bagaimana harus ku mulakan coretan ini...
sungguh aku bukan insan yang mahir 
dalam menzahirkan luahan hati di dalam medan ini
namun kucuba 
mengeluarkan segala butir isi jiwa 
di dalam hamparan ini.

Ya Allah, aku sedih aku hiba aku jadi sayu
pabila melihat keadaanya
berteleku kesedihan
itu yang kulihat
yang kutidak lihat
dia menangis sendiri
bermuram durja kerna sarat memikirkan masa depan
yang masih gelap gelita

sungguh
hati ku menangis
hati ku menjerit

Jiwa ini ingin sekali membantunya
ingin menolongnya mencari haluan hidup

tetapi siapalah aku
huluran pertolongan ini tidak langsung disambut mesra
dia 
malah bersendiri tanpa dibantu

namun ku tetap akan memberi khidmat yang tidak dipinta ini
walau dalam diam
akan kucuba ikhtiar lain
terus tanpa jemu
sehingga dapat ku lihat 
dia tersenyum kembali

Ya Rabbi 
Engkaulah yang Maha Mengetahui
setiap apa yang terkandung dalam lubuk hati insanMu
Engkaulah tempat sebaiknya para insan mengadu
Aku memohon Ya Rahman 

Engkau berikan kemudahan 
bukakan jalan
berikan peluang
permudahkan dia
jangan Kau beri dugaan yang tidak mamu diharunginya

Itu harapanku
aku hanya ingin tatap dia bersenyum
dengan kejayaannya
walau hanya sekali
ketika aku telah dilupakan

Hati ini terus bersamaMu
walau jasad tiada lagi.

                                                                                                                  nur/6/6/11/4:50




0 Pandangan anda?:

Post a Comment

Ada apa nak kata?
Sila ^_^

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer