Let's Follow

04 February 2011

Duhai Hati....

Duhai hati...
Hentikan sahaja angan-anganmu,
Hentikan sahaja kiraan waktumu,
Masanya belum tiba untuk kau miliki si mujahid,
Kerana kau sendiri belum menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!!


Hati...
Janganlah kau sibuk mengejar cinta si mujahid,
Tetapi kejarlah cinta Penciptanya,


Hati...
Janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu,
Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih,


Hati...
Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
Tetapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya...
Kau perlu tabah!!!
Dan aku tahu,
Kau tak mampu untuk jadi sebegitu tabah dalam sehari dua...


Duhai hati, bersabarlah...
Perjalanan kita masih jauh,
Bersabarlah.... Teruskan doamu,
Hari itu akan tiba jua,
Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak...
Bersabarlah....

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer