Let's Follow

23 January 2011

Menyayangi Binatang.

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith-hadith nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidak mempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi dan juga kucing-kucing. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith-haith nabi.Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing.

Terdapat juga beberapa kisah orang yang dibalas ALLAH AZZA WA JALLA akibat perbuatan mereka menzalimi binatang antara yang dipetik dari hadis sahih “Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan serangga-serangga tanah.” Hadith riwayat Bukhari.Dan ada juga kisah seorang pelacur yang ditempatkan di syurga kerana memberi seekor anjing minum.Terdapat beberapa larangan menzalimi binatang antaranya mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadith shahih.
Jangan juga jadikan burung, atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak untuk suka-suka. Selain tujuan untuk berburu untuk mendapatkan makanan. “Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Adab yang perlu kita lakukan ketika berhubungan dengan binatang ialah iaitu memberi mereka makan dan minum.Membelai dan memeluk,menyiapkan tempat berteduh kerana ianya termasuk dalam kategori amal soleh dan mendapat pahala insyaAllah.

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.

“Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

“Siapa yang tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” Muttafaqun ‘Alaih.

 Sejajar dengan syariat mari kita sama-sama berfikir apakah tujuan penciptaan binatang dan kebaikan kepada manusia?Tahukah anda Allah sedang berbicara mengenai kasih sayang sesama makhluk?untuk itu sama-samalah mengasihi binatang untuk kita dikasihi oleh manusia lain,semoga kita berada dalam redhaNYA.

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer