Let's Follow

15 December 2010

L+E+L+A+K+I=

Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini 
Payah untuk kutemui 
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri 

Yang ada 

Kini hanya sibuk dengan urusan mengumpul dunia 
Walau diketahui dunia ini hanya penuh dengan tipu daya

Kuberfikir.. 

Lelaki diakhir zaman ini 
Susah untuk kutemui 
Yang benar-benar takut pada Ilahi 
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi 

Yang ada

Hanya mengharapkan kasih insani 
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir.. 

Lelaki diakhir zaman ini 
Sukar untuk kutemui 
Ahli profesional yang bertaqwa 
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana

Yang ada

Hanya ahli profesional yang lalai dan leka 
Yang hidupnya lebih berat dari Barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir.. 
Lelaki diakhir zaman ini 
Payah untuk kutemui 
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat 
Yang sanggup bersusah dan penat 
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat 

Yang ada

Kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada 
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir.. 

Lelaki diakhir zaman ini 
Susah untuk kutemui 
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat 
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat 
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat 

Yang ada

Cuma menghidupkan sunnah Barat 
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir.. 

Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui 
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir 
Sentiasa bertafakkur dan berfikir 
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir.. 

Pasti masih ada lagi ..

Lelaki diakhir zaman ini ..

Seperti yang kufikir.....


Seperti inikah lelaki yang kufikir?

Cool Hot Pink Outer Glow Pointer