(Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.)(Bila hati ini kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih,sembuhkanlah. Ubahlah kesedihan siapapun menjadi kebahagiaan, ubahlah setiap air mata yang mengalir menjadi kurniaMu dalam hidup kami. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk membalas kebencian dengan kasih sayang.) (Setiap saat dalam hidup menuntutku menghadapi pelbagai permasalahan. Kerana masalah adalah sebahagian dari erti sebuah kehidupan. Dan.. Semakin banyak masalah yang aku hadapi, semakin dewasa aku memaknai hidup.) (Jika satu hari kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu, ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar, ceritakanlah segala apa yang kau mahu, Dia pasti mendengar rintihan hatimu dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan.) (Kita hanya dekat dengan mereka yang kita sukai dan seringkali kita menghindari orang yang tidak kita sukai, padahal dari dialah kita akan mengenali satu sudut pandang yang baru.) (Jagalah lidahmu dari berkata yang tidak baik kerana kamu akan beruntung. Diamlah dari berkata yang menyakiti kerana kamu akan selamat. Jika keberanian mu berkata yang sia-sia itu lebih kuat dari keberanian mu untuk meminta maaf, maka kamu akan menyesal atas perbuatanmu itu. Mudahan Allah S.W.T melindungi kita semua dari azabNya.)
Cool Hot Pink Outer Glow Pointer

10 May 2012

Pemergian itu satu kenyataan.

Biarkan dia pergi.


26 April 2012

Lelaki vs perempuan

Perempuan di uji di dunia..

kena pakai tudung,
kena pakai stokin,
kena tutup aurat dengan
sempurna,
kena banyak fitnah,
kena taat perintah suami,
kena menjaga maruah diri,
tak boleh berlebihan dalam
berhias,,

Di akhirat...

sabar + redha = InsyaAllah
syurga menanti......

Lelaki di beri kemudahan di
dunia....

tak payah pakai tudung,
tak payah pakai stokin,
aurat senang di jaga,
tak risau dengan fitnah,
mudah nak buat apa saja,

Di akhirat...

tanggung dosa diri sendiri,
dosa isteri,
dosa anak2,
dosa tangungjawab yang tak di
buat,
dosa tak beri nafkah,
dosa tak menjaga pandangan,
dosa adik2,
dosa sesama manusia,
dosa tak solat,
dan lain2....

sabar + redha belum cukup
kerana lelaki akan ditanya
tanggngjawab mereka di buat
atau tidak di dunia..

kalau melakukan tanggungjawab
dengan baik = insyAllah syurga
menanti

itulah kelebihan yang Allah
berikan...lelaki dan perempuan
masing2 ada kelebihan dan Allah
itu maha adil....janganlah kita
merungut dan tidak redha atas
apa yg dah ditentukan oleh
kita...apa yang kita ada..itulah
yang terbaik buat kita yang Allah
ciptakan..bersykurlah :

27 January 2012

Jalan itu masih panjang.

Semoga ini yang terakhir.
Usah berpatah balik lagi.

25 January 2012

Puisi Cinta



Tanpamu cintaku aku tidak rela bernyawa di alam ini.
Tanpamu bintang dilangit tidak mampu bersinar.
Tanpamu makna rindu ini bisa menyiksa hidupku.
Tanpamu terhapuslah erti kekasih abadi.
Tanpamu bunga-bungaditaman akan kelayuan.
Tanpamu mimpi-mimpi indah terhapus
Tanpamumalam yang menjelma menjadi suram.
Tanpamu hari-hari yang kulalui penuh luka di hati.
Tanpamu harga diriku tiada nilainya.
Aku mencintai lebih dari apapun.
Aku mencintaimu seluas lautan tanpa penghujungnya.
Akan kunyanyikan lagu untuk merayu cintamu padaku.
Jauh dilubuk hatiku menjerit mencintaimu.
Akan ku hentikan detik waktu jika dikau bersamaku.
Aku benar-benar mencintaimu.

27 December 2011

Jangan menunggu

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan...
5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu homework, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak ruang,baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah...bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan.
12. Jangan menunggu mampu baru melakukan, tapi lakukanlah!